MEMBERUS YANG BETUL
Cara betul memberuskan gigi boleh menolong mengurangkan reputan gigi dan penyakit gusi, iaitu punca-punca kehilangan gigi. Gunakan berus gigi yang lembut dan ubat gigi berfluorid yang diterima oleh
ADA untuk mengeluarkan plaque dan cebisan-cebisan makanan. Gantikan berus gigi anda setiap tiga bulan.
 |
 |
Beruskan pada sudut darjat 45 dari garis gusi dengan menggunakan gerakan berus yang singkat pada permukaan luar dan dalam gigi. |
|
Telungkupkan berus gigi supaya menghadap ke permukaan mengunyah, dan gerakan berus ke depan dan ke belakang. |
 |
 |
|
Tegakkan berus gigi dan gunakan gerakan ke atas dan ke bawah yang lembut di belakang gigi-gigi depan. Gunakan kawasan hujung berus sahaja. |
 |
 |
 |
 |
Beruskan lidah ke depan dan ke belakang untuk mengeluarkan cebisan-cebisan makanan serta menyerikan mulut anda. |
|
|
MENYERAT YANG BETUL
Seratkan gigi setiap hari untuk mengeluarkan plaque dan cebisan-cebisan makanan
di antara gigi dan di bawah garis gusi.

Balutkan satu benang serat sepanjang 18 inci di antara dua jari tengah dan pegang satu inci dengan ketat.
|
 |
Masukkan benang serat di antara gigi. Gerakan ke atas dan ke bawah beberapa kali sementara melengkung ke bawah garis gusi. |
|
Seratkan selalu di belakang gigi yang terakhir. Gunakan kawasan benang yang bersih apabila anda menyerat kawasan yang lain. |
 |
 |
 |
Seratkan di kawasan di bawah perjambatanan dan di bawah gigi tiruan dengan menggunakan penjarum benang serat. |
Anda mungkin akan merasai perpedihan atau perdarahan gusi untuk beberapa hari selepas menyerat gigi. Jika perdarahan terus berlaku selepas satu minggu, panggil pakar pergigian anda. Jikalau anda
ada masalah menggunakan benang serat gigi, bincangkan dengan doktor gigi anda mengenai pemegang benang serat atau alat-alat bantuan mencuci di antara gigi ("interdental") yang lain.
Pastikan anda mengikut aturan-aturan penjagaan rumah yang khas yang diberikan oleh pakar-pakar profesional pergigian.
|