Patient Education
Punca-punca dan Rawatan-rawatan untuk Penyakit "Temporomandibular"
Apakah dia penyakit "temporomandibular" (biasanya dipendekkan sebagai "TMJ")
"TMJ" dirujuk kepada suatu koleksi masalah-masalah klinikal yang melibatkan sendi "temporomandibular"(TMJ), otot-otot yang digunakan untuk mengunyah( dipanggil otot-otot pengunyahan), atau kedua-duanya.

Setakat mana biasanya wujud penyakit-penyakit "temporomandibular"
Mengikut peninjauan Insititut kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH), lebih 10 juta penduduk Amerika Syarikat dikatakan ada mempunyai kesan-kesan TMJ pada bila-bila masa. Kaum wanita jauh melebihi kaum lelaki dalam merepotkan kesan TMJ. Bilangan kaum wanita meningkat dalam mendapatkan rawatan dan dalam kes-kes yang lebih teruk, pesakit wanita jauh melebihi pesakit lelaki.

Apakah isyarat-isyarat dan kesan-kesan biasa TMJ?
Kesan-kesan TMJ termasuk sakit pada pipi, berhampir dengan telinga, rahang terkunci (ketidakupayaan menutup dan membuka) dan bunyi-bunyi ketukan rahang. Sakit biasany berterusan atau singkat. Kesan-kesan boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah muka dan mungkin melibatkan anggota tubuh yang lain. Kebanyakan orang mempunyai kesan ringan tetapi sejumlah kecil orang akan terus mengidap sakit yang berterusan serta gerakan rahang yang amat terhad. Kesan-kesan ini akan menyebabkan berlakunya pembatasan pemakanan, disrupsi dalam keupayaan berkerja dan berinteraksi dengan keluarga dan aktiviti-aktiviti sosial yang biasa.

Adakah kita tahu punca-punca masalah TMJ?
Seperti dengan sendi-sendi lain, beberapa jenis penyakit sengal dan kerosakan akibat kecederaan yang disendirikan atau tak sengaja akan mempengaruhi sendi TMJ dan tisu-tisu disekelilingnya. Adakah samada setengah pesakit lebih mudah dipengaruhi kerana perbezaan anatomi sendi atau sifat-sifat sendirian, juga sebab-sebab mengapa kaum wanita adalah diantara kes-kes teruk TMJ adalah dalam siasatan masakini.

Apakah harus saya buat jika saya mempunyai kesan-kesan TMJ?
Apa jenis sakit yang berterusan dan/atau terkusut mestilah ditinjau dengan teliti. Adalah penting mengesampingkan barah-barah, masalah-masalah penyakit saraf dan masalah-masalah perubatan lain yang mungkin menyebabkan kesan-kesan rahang. Sebagai langkah yang pertama, jumpailah doktor anda yang boleh merujuk anda kepada pakar-pakar penyakit saraf atau penyakit rematik atau pakar-pakar lain, Jika keliru, dapatkan penimbangan yang kedua. Bunyi-bunyi ketukan rahang dan pembukaan mulut yang terhad tanpa sakit tidak menunjukkan adanya masalah TMJ pada masa sekarang atau masalah kemungkinan boleh wujud TMJ. Jika anda dirujuk untuk mendapatkan rawatan daripada pakar kegigian, Institut Siasatan Kebangsaan Kegigian dan "Cranofacial" (NIDCR) merekoman tidak mendapat rawatan-rawatan yang boleh melibatkan tisu-tisu permukaan, rahang atau sendi atau yang boleh melibatkan penukaran dan perubahan kekal struktur atau posisi rahang atau gigi. Ingat, kebanyakan masala-masalah TMJ akan menyembuh sendiri dengan masa.
  Bagaimana penyakit-penyakit TMJ diperiksa dan diubati?
Pemahaman patologi TMJ tidak begitu berkembang sehingga ujian-ujian seperti biopsi tisu atau sampel-sampel darah boleh memberikan sesuatu kepastian. Pada takat ini, pakar-pakar klinikal hanya merekodkan kesan-kesan, sejarah pesakit dan mungkin memberikan x-ray. Terdapatnya lebih kurang 50 jenis rawatan –rawatan yang berbeza, biasanya bergantung kepada jenis pakar perubatan. Kebanyakan pesakit yang mendapat rawatan pada permulaannya akan pulih dengan rawatan-rawatan yang berbeza dan mungkin juga akan pulih tanpa rawatan. Adalah jelas: tidak wujud "satu rawatan untuk semua" dalam mengubati TMJ. Sementara dalam kes yang ringan biasanya diberikan rawatan-rawatan yang agresif jauh melebihi apa yang dikehendaki, dalam sakit yang berat rawatan-rawatan biasanya tidak melengkapi. Pakar-pakar TMJ berkumpul di persidangan Teknologi Asesi NIH 1996, http://odp.od.nih.gov/consensus/ta/018/018_statement.htm, menjelaskan bahawa rawatan-rawatan pilihan adalah jenis kolot dan boleh berbalik, dengan langkah-langkah yang secukup untuk meringankan kesakitan. Keselamatan dan kemanjuran surgeri rahang termasuk pencagakkan untuk mengantikan kesemua atau setengah sendi, tidak dibuktikan dalam ujian klinikal. Kes-kes pencagakkan yang tidak licin mengakibatkan komplikasi-komplikasi yang serius.

Adakah ansuran saya meliputi tuntutan TMJ?
Satu pertikaian wujud samada TMJ adalah masalah kegigian atau perubatan. Pada takat ini, kriteria diagnosa dan rawatan-rawatan yang lain tidak ada sokongan saintifik. Faktor-faktor tersebut bersama dengan setengah-setengah rawatan menyebabkan syarikat ansuran menolak tuntutan dalam meliputi diagnosa dan rawatan TMJ.

Apakah siasatan yang harus dijalankan pada "TMJ"?
Dalam musin bunga 2000, kumpulan kebangsaan pembelaan pesakit, Persatuan TMJ ("The TMJ Association"), menolong mengendalikan satu bengkel-kerja, "Melanjutkan Siasatan TMJ ke dalam dekad ke-21. Kunci rekomendasi termasuk 1) kehendak adanya model-model haiwan, komputer dan sel-sel kultur dalam penyiasatan sendi-sendi yang siasa, tercedera serta berpenyakit, 2) perkembangan satu sistem klasifikasi diagnostik 3) meninjau masalah-masalah pembinaan tisu dalam TMJ serta perkembangan cara baru dalam penggunaan gen dan terapeutik protin dalam pembinaan tisu-tisu, dan 4) mempelajari dasar-dasar ilmu saraf tisu-tisu mendalam dan sakit sendi untuk menghasilkan pengawalan kesakitan yang lebih baik. Butir-butir bengkel-kerja dan matlumat sepenuh TMJ boleh didapati pada tapak web kumpulan tersebut, www.tmj.org.